Sejarah Kami

Masjid Prima Saujana Kajang

Maklumat latar belakang

1. Cadangan pembinaan telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 Mac 2015

2. Manakala Kelulusan Merancang serta Membina daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj ) telah diperolehi pada 21 Disember 2017

3. Keluasan tapak pembinaan ialah seluas 1.5 hektar / 6126 meter per segi (65,549 kp). Keluasan lantai kasar bangunan masjid ini adalah seluas 2,442.21 meter per segi /26,287.70 kaki per segi.

4. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 8 Februari 2018 dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

5. Beberapa sessi penerangan telah dibuat temasuk mengadakan majlis bersama SS Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekututuan pada 28 April 2018.

%

Pembinaan

Kos Projek (Juta)

Keperluan (Juta)

Kutipan (Juta)

Kemajuan semasa :

  • Sehingga akhir November 2019, kemajuan pembinaan adalah 42%.
  • Kerja lantai tingkat satu telah dibuat dan tiang tingkat satu mula dibina.
  • Retaining wall telah hampir siap
  • Kemajuan kerja ialah 5% lebih cepat dari jadual kerja baru

 

Kemajuan terkini :

1. Kerja-kerja cerucuk (piling) awalan telah mengalami masalah akibat dari keadaan struktur tanah yang rumit . Kaedah cerucuk konvensional yang telah dirancang, tidak dapat diteruskan.

2. Beberapa kaedah piling alternatif telah dikenalpasti dengan mengambilkira kesesuaian dengan rekabentuk dan kos pembangunan.

3. Pada 19 Mac 2019, Jawatankuasa Teknikal Projek Cadangan Pembangunan Masjid ini bersama Juruperunding Pengurusan Projek dan Juruperunding-juruperunding lain yang dilantik untuk projek masjid ini telah bersetuju untuk bahagian cerucuk bangunan mengunakan kaedah micropile diameter 200mm. Jentera dan peralatan untuk cerucuk micropile juga telah memasuki kawasan tapak pembinaan pada hari yang sama.

4. Kerja-kerja cerucuk (micro piling) dimulakan pada 26 Mac 2019 dan telah siap 100%. Pada Ogos 2019, kerja piling cap sedang dijalankan. Masjid dijangka siap pada bulan Ogos 2020.

5. Sehingga akhir November 2019, kemajuan pembinaan adalah 42%.Kerja lantai tingkat satu telah dibuat dan tiang tingkat satu mula dibina.Retaining wall telah hampir siap.Kemajuan kerja ialah 5% lebih cepat dari jadual kerja baru

 

Surat Kelulusan JAIS

Surat Kelulusan MPKJ

Surat Kelulusan Masjid

Alamat

Masjid Prima Saujana Kajang
Persiaran Prima Saujana
Taman Prima Saujana
43000 Kajang Selangor

GPS : 3°00’31.1″N 101°48’23.7″E

Email

masjidprimasaujanakajang@gmail.com

Website

www.masjidprimasaujana.com

Hubungi Kami

  • +6016 – 335 8044 (Hj. Mohd Asri)
  • +6012 – 639 5978 (Dr. Hj. Kalamhamidi)
  • +6019 – 211 8844 (Hj. Jamaluddin)
  • +6019 – 281 6528 (Hj. Mohd Zobir)
  • +6013 – 334 4234 (Dato’ Sr Hj. Rosli Atan)
WhatsApp chat